Sunday, January 9, 2011

KENANAGAN



Hari ini seperti hari ahad sebelum-sebelumnyanya rutin harian setiap hari ahad apa lagi kalau bukan aktiviti membasuh pakaian,bukankah kebersihan itu separuh daripada iman.Kemudian tanggungjawab berikutnya menukar bateri telefon,buat sekian lamanya telefon kesayangan saya yang baterinya telah kembung sejak beberapa bulan lalu itu telah berjaya di tukar,semuanya hasil bantuan dari sahabat-sahabat seperjuangan di universiti Malaysia Pahang ini yang prihatin sesama kami.Terima kasih kawan.Kemudian ada satu saat tiba-tiba terdetik dihati ini untuk membaca majalah MEMORI 2009,buat pengetahuan sahabat pembaca sekalian majalah MEMORI ini merupakan majalah sekolah saya,iaitu sekolah menengah teknik slim river(stesri) yang kini telah ditukar kepada sekolah menegah vokasional(svosri), penukaran nama ini semua atas dasar kementerian pelajaran nak meniru Negara jepun yang sekolah mereka disana sentiasa melebihkan ilmu teknikal serta aplikasi dalam sistem pelajaran mereka.Apa boleh buat terpaksalah redho dengan penukaran tersebut,maka tercatat dalam sejarah sekolah yang batch stesri 08/09 (pka)(pke)(pkm)merupakan batch teknikal terakhir di sekolah tersebut,buat pengetahuan saudara pembaca kemana sahaja saya pergi buku ini sentiasa berada dekat dengan saya. Ketika sedang asyik membelek-belek buku Memori 2009 terkenang akan diri ini ketika dizaman persekolahan, sungguh indah saat-saat ketika itu,bersama-sama kami menuntut ilmu dan hidup berdikari tinggal dalam satu dorm(d6),kini tanpa ku sedari sudah cukup setahun daku meninggalkan zaman persekolahan yang sungguh indah itu.Hati ini sentiasa merindui semua sahabat2 seperjuangan serta semua guru-guru tersayang yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat supaya menuntut ilmu walau dimana kita berada .Sahabat entah bila kita boleh bertemu semula daku sentiasa menunggu detik itu.semoga ukhuwah yang telah terjalin akan kekal selama-lamanya hingga saat terakhir kita bergelar insan.Seperti kata -kata imam Ghazali ukhuwah itu bukan hanya disandarkan pada pertemuan tetap ingatan seseorang dalam doa tulusnya.

No comments :

Ȱ
Monolog Aku - Blogger Templates , - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.