Wednesday, March 2, 2011

PILIHANRAYA KAMPUS

Rasanya dah lama tidak menulis kat blog n...tiba-tiba pada hari dan waktu ini terdetik niat dihati untuk menulis..buat pengetahuan sahabat pembaca sekalian pilihanraya kampus di universiti malaysia pahang ini sudah hampir seminggu  menutup tirainya..dan  yang memenangi pilihanraya tersebut majoritinya siswi??mana perginya siswa-siswa di ump ini..sudah hilangkah kredibiliti nilai kepimpinan dalam diri  siswa  sehinggakan tidak dipercayai   untuk dijadikan pemimpin  mewakili warga mahasiswa didalam universiti malaysia pahang ini untuk menyuarakan "suara mahaiswa" itu sendiri,atau pun ada agenda  tersendiri yang tidak dapat kita ketahui disebalik keputusan pilihanraya kampus kali ini,sehinggakan calon yang memenangi majoriti undian untuk kerusi umum bukannya mahasiswa tetapi mahasiswi...http://community.ump.edu.my/ecommstaff/includes/viewNewsToPublic.jsp?ref=2505.Walaupun begitu saya tetap akui kehebatan Shahira Mohd Basir(calon yng memenangi majoriti undian prk 11/12 )dalam menyampaikan manifesto beliau,sungguh bersemangat dan ada jiwa tersendiri.walau apapun yang berlaku buat semua barisan MPP sesi 11/12 semoga anda dapat menjalankan tanggungjawabserta janji-janji yang telah anda lontarkan ketika bermanifesto.Jangan lah anda memimpin  mengikut telunjuk orang lain kerana anda memang dipilih atas kebolehan memimpin dalam diri anda.
buat semua MPP sesi 11/12 Dengarlah suara hati mahasiwa ump...
kerana mereka anda menjadi pemimpin
kerana keyakinan mahasiswa ump terhadap anda,anda menjadi pemimpin.


sedikit pandangan daripada bekas YDP MPP didalam blognya  ...


"kita sebagai sebuah Universiti Teknikal dengan perjuangan idealisme yang masih baru,saya dengan rendah diri menyatakan betapa UMP akan hanya merugikan diri seandainya kita terjerumus ke dalam fahaman politik partisan sebegini. Kepimpinan Mahasiswa UMP telah melakukan pelbagai transformasi perubahan dengan membawa suara suara Mahasiswa dengan kebih lantang dan jauh ke hadapan. Kepimpinan Mahasiswa UMP di peringkat MPP,Persatuan dan Kelab,Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman atau PEKA seharusnya terus melakukan perubahan atau Islah demi meremajakan Gerakan Kepimpinan Mahasiswa agar terus kekal relevan di hati sanubari Mahasiswa UMP"




sekian wassalam

Ȱ
Monolog Aku - Blogger Templates , - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.