Tuesday, February 22, 2011

PRK UMP

proses pengundian menggunakan e voting...harap2 boleh dipercayai
poster bergantungan di kafeteria
suasana dalam dewan mengundi















ragam manifesto
sampai kat kereta pun nk tampal poster..rasanya banyak lagi tempat boleh letak.??
gurau jer..




Assalmualikum

22 Februari merupakan detik yang ditunggu-tuggu oleh semua mahasiswa/siswi ump untuk mengundi calon pilihan mereka.Setelah lima hari calon- calon prk kali ini diberi masa untuk mereka berkempen,hari ini merupakan hari penentuan atas semua usaha yang telah mereka lakukan untuk memenangi hati mahasiswa/siswi di Universiti Malaysia Pahang ini.Kelihatan semua warga mahasiswa dan siswi hari ini begitu bersemangat untuk mengundi...macam-macam gelagat dapat saya lihat ketika hendak masuk ke dalam dewan pengundian ada yng terlupa bawak kad matrix,pakai slipper pun ada.. ha3 (x pe)yng penting semangat kita ada. Buat semua warga ump walaubagaimanapun keadaan anda semua ketika itu..syabas saya ucapkan atas keperihatinan anda untuk turun mengundi memilih pemimpin kita.Selain itu juga proses pengundian menggunakan konsep e vote iaitu mengunakan komputer ini sedikt sebanyak dilihat dapat menarik mahasiswa/siswi di ump ini untuk turun mengundi, rasanya sampai disini sahajalah coretan saya untuk kali ini...sekian sahaja daripada saya bersama kita tunggu dan lihat keputusan prkump sesi 2020/2011 pada malam ini.


Saturday, February 19, 2011

MAHASISWA KINI





















MAHASISWA

” Mereka ialah insan yang sudah cukup matang berfikir, tidak perlu diarah seperti pelajar sekolah rendah ,Mengikut tanpa ilmu. Kerana apabila mereka bergelar Mahasiswa, mereka ialah insan yang akal mendahului tindakan, pertimbangan mendahului perjuangan, akhirnya barulah transformasi sebenar dapat dibuktikan.”
Merujuk kepada kata-kata diatas,kita sebagai mahasiswa merupakan golongan yang bakal mentadbir Negara pada suatu hari nanti,kita sebagai mahasiswa juga merupakan “government check and balance”terhadap pentadbiran Negara tika ini kerana ,apabila mereka bergelar mahasiswa bermakna semua isu yang berlaku di Negara ini akan sentiasa mereka perlu mereka ketahui serta ambil peduli,maka tidak salahlah jika setiap kesilapan yang berlaku dalam pentadbiran Negara ini kita suarakan .Tetapi mengapakah pandangan dan suara mahasiswa kini tidak didengari.Mari kita imbas pergerakan mahsiswa era 60an serta 70 an yang suatu ketika dahulu membuka mata pemimpin Negara serta rakyat ketika itu . Masihkah kita ingat peristiwa Baling sekitar zaman 70an seketika dulu??Satu gelombang tsunami yang menggegarkan daerah Baling itu,deretan bas-bas yang di penuhi dengan ribuan mahasiswa menyatakan bantahan kepada kerajaan di atas kesengsaraan rakyat Baling yang kebuluran.Mahasiswa seluruh Negara turun menyeka air mata rakyat Baling,kehadiran ribuan mahasiswa ini tidak lain tidak bukan memberi satu semangat kepada masyarakat sekitarnya untuk sama-sama menyatakan sokongan kepada mahasiswa dalam pembelaan ini, maka momenten ini merupakan ancaman yang amat besar kepada kerajaan ketika itu yang di pimpin oleh Pendana Menteri Dato’Seri Razak.Tindakan mahasiswa ini memberi tamparan yang hebat kepada kerajaan ketika itu dan secara tidak langsung merudumkan imej kerajaan di mata masyarakat seluruhnya.Namun kerajaan ketika itu sedar dengan kebangkitan mahasiswa yang bukan sahaja melawan kuasa kerajaan malah boleh menumbangkan kerajaan jika di biarkan keadaan ini berterusan.Tersentak dengan tiupan angin taufan dari mahasiswa ini kerajaan telah merangka dan meluluskan Akta 174 yang membataskan dan mentadikakemaskan minda mahasiswa,maka tidak hairanlah University Malaya yang dulu gah dengan menduduki ranking dalam 100 universiti terbaik dan terhebat di dunia,namun kini gahnya Universiti Malaya hanya tinggal dalam lipatan sejarah usang yang terus di muziumkan.

Sepatutnya mahasiswa perlu memiliki karisma sendiri bukan terpaksa mengikut telunjuk bengkok mereka.Maka lihatlah kini apabila sedikit kelonggaran dan pindaan Akta 174 ini mahasiswa mula menunjukkan saat perubahan kepada situasi Negara kita.Justeru itu jika momenten ini berterusan kita akan dapat lihat perubahan yang besar pada politik Negara. Mahasiswa Malaysia khususnya gerakan mahasiswa pada hari ini ketara berbeza dengan gerakan mahasiswa Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Perbezaan ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antara faktor yang dominan adalah orientasi dan corak perjuangan gerakan mahasiswa.Orientasi perjuangan berkait erat dengan ideologi dominan yang menguasai gerakan mahasiswa pada satu-satu masa.Pada era 60-an dan 70-an kelompok aliran sosiolis dan nasionalis paling menonjol.Orientasi perjuangan mahasiswa pada ketika itu tertumpu kepada isu-isu rakyat –rakyat yang tertindas, soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, soal kepimpinan Tunku yang dipertikaikan serta beberapa isu yang berkaitan dengan ideologi yang mereka dokong.Antara lewat 70-an dan 80-an, ideologi gerakan mahasiswa yang dilihat bertunjangkan Islam mula mengambil tempat.Persatuan mahasiswa Islam seperti PKPIM dan PMIUM menonjol dalam mengetengahkan idea ‘Faham Islam’ dalam mengubah masyarakat ke arah mempraktikkan Islam yang lebih sempurna.Impaknya bukan hanya kepada masyarakat kampus, sebaliknya juga kepada masyarakat luar kampus.Namun, impak-impak ini hanya berkesan apabila gerakan mahasiswa tidak dilihat terikat pada mana-mana parti politik Malaysia seperti Barisan Nasional, PAS, PKR dan DAP.Pada 3 dekad pertama memang gerakan mahasiswa dilihat bebas, namun tidak pada tiga dekad mutakhir bermula era 90-an.Gerakan mahasiswa telah mula dilihat terpecah kepada dua kumpulan iaitu blok Pro Kerajaan (Pro Aspirasi)dan blok Pro Pembangkang(Pro Mahasiswa).Diakui bahawa pengaruh dan elemen politik partisan ada menyusup ke dalam gerakan mahasiswa namun ia hanyalah cebisan-cebisan kecil yang datang dari pintu belakang.Kaitan yang jelas sememangnya tidak wujud namun tohmahan media arus perdana seolah-olah mengiayakan perkara tersebut. Maka di manakah silapnya apabila para aktivis dan pimpinan mahasiswa gagal menjawab dan menepis tuduhan dengan berkesan?Dari sudut corak perjuangan, gerakan mahasiswa era lampau lebih dilihat bersifat ‘Gempar dan Gempur’ .

Misalnya dalam memperjuangakan isu kemiskinan di Baling, isu Hamid Tuah, isu setinggan dan sebagainya maka corak perjuangan yang memerlukan mobilisasi massa kerapkali digunakan. Melihat imbasan isu Hamid Tuah mahasiswa tika itu memperjuangkan isu Teluk Gong. Pada 10 Ogos 1967, Hamid Tuah bersama pengikutnya telah membuka tanah haram untuk petempatan dan pertanian di Teluk Gong. Pada 21 Ogos 1967, seramai 530 petani telah menanam sayur-sayuran dan membina penempatan di atas tanah 1000 ekar.Pada bulan September 1967, kerajaan memberi amaran supaya tanah tersebut dikosongkan dalam tempoh seminggu. Kerajaan telah bertindak menangkap Hamid Tuah dan pengikutnya yang enggan menurut perintah dan memusnahkan petempatan haram tersebut.Pada 14 Oktober 1967, pelajar mengadakan sudut pidato(Speaker Corner) membidas pihak kerajaan Selangor dan mendesak agar Hamid Tuah dan rakan-rakannya dibebaskan. Mereka telah berarak dan berpiket di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Perarakan itu dapat disuraikan oleh FRU setelah pihak PMUM melalui Setiausaha Agung PMUM, Syed Hamid Ali berjaya menghantar memorandum. Cuba kita lihat pergerakan mahasiswa era 60an srta 80an,Sebelum mereka berdemonstrasi di sesuatu tempat, mereka menggunakan Speaker Corner di kampus untuk menjelaskan isu itu kepada masyarakat kampus sekaligus menuntut simpati agar mahasiswa yang menyokong perjuangan mereka akan bertambah.Tidak dinafikan bahawa Demonstrasi dan Speaker Corner adalah nadi utama perjuangan mahasiswa pada era 60-an hingga awal 90-an.Namun persoalannya masih relevankan kedua-dua cara ini untuk terus digunakan oleh mahasiswa zaman kini?, namun ia sudah tidak mampu membawa impak yang besar.Kita wajar memikirkan secara serius kaedah perjuangan yang seharusnya menjadi nadi perjuangan mahasiswa zaman kini.kaedah yang tidak menuntut masa dan tenaga yang banyak namun impak dan kesannya kuat dan mampu mencipta perubahan besar kepada masyarakat.Antara kaedah berkesan yang boleh diperkasakan adalah penguasaan media yang serius.Laman Mahasiswa kini adalah satu kes terpencil yang menggambarkan usaha permulaan ke arah penguasaan massa mahasiswa menerusi media.Kini Mahasiswa kini digeruni oleh sesetengah pentadbir HEP di kampus-kampus utama serta turut juga diakses oleh MPP untuk tujuan perbahasan isu pengajian tinggi di Dewan Rakyat.Walaupun sumbangan yang mula diusahakan oleh laman web kecil ini masih belum signifikan dan berkesan di kebanyakan kampus IPT di Malaysia.Apabila ada usaha memulakan, seharusnya ada usaha untuk membuat penambahbaikan.R&D (reseach and development)seharusnya menjadi punca utama yang memacu gerakan mahasiswa.Amatlah malang apabila aktivis mahasiswa Malaysia masa kini masih menagih ‘belas ihsan’ beberapa media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST dan sebagainya untuk memaparkan tulisan mereka ataupun membuat liputan tentang aktiviti yang mereka usahakan.Amatlah malang jika mahasiswa Malaysia yang menjadi cream of the society masih tidak mampu mencipta, memiliki dan mengendalikan akhbar bercetak sendiri.Akhbar yang berperanan meluahkan pandangan barisan pelapis kepemimpinan negara sekaligus egen check and balance masyarakat dan kerajaan yang berkesan.

Mahasiswa kini adalah permulaan kecil dimensi baru perjuangan mahasiswa. Ia bukan kemuncak apatah lagi pencapaian yang mesti diagung-agungkan zaman.Ia harus diperkasakan dan ditambahnilai secara berterusan.“Mahasiswa kini lesu”. Kata-kata tersebut dilafazkan sebagai keluhan terhadap fenomena kelesuan mahasiswa sejak berakhirnya ‘zaman kegemilangan’ gerakan mahasiswa pada tahun 60-an dan 70-an suatu ketika dahulu. Benarkah mahasiswa masih lesu?Menurut Dr. Wan Abdul Rahman Wan Muda, pensyarah Universiti Sains Malaysia, sejak tahun 1976, bibit-bibit kelumpuhan budaya universiti yang sebelum itu mempunyai solidariti idealisme dalam aktiviti-aktiviti mahasiswa mula terhakis. Pasca zaman 1970-an, mahasiswa tidak lagi menjadi juru bicara masyarakat. Suara mahasiswa yang pernah menjadi ‘check and balance’ kepada pemerintah sudah kian sepi.Muhammad Faizal Abdul Aziz(http://faisalabdaziz.blogspot.com), PresidenPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam komennya mengenai fenomena ini mengatakan bahawa, “hilangnya minat mahasiswa untuk menghayati dan menganalisa keadaan politik, ekonomi dan sosial tempatan mahupun antarabangsa, serta tidak ada lagi slogan ‘Mahasiswa Jurubicara Masyarakat’ kerana kebanyakan mereka sudah tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.”Jika benar apa yang diperkatakan oleh beliau, maka kita boleh simpulkan bahawa mahasiswa hari ini sudah kurang kesedaran dan mengambil sikap tidak peduli kepada suasana persekitaran. Pada pendapat saya, ini bukan punca kelesuan mahasiswa tetapi ia adalah kesan daripada punca yang lebih berakar umbi. Maka, apakah punca utama kelesuaan mahasiswa?Ramai yang mengatakan bahawa budaya takut untuk mengkritik telah menghantui mahasiswa sejak zaman AUKU diperketatkan pada 1975. Berapa ramai yang tahu apa yang terkandung dalam AUKU? Apa yang terkandung dalam AUKU hingga menambat mahasiswa selama lebih 30 tahun? AUKU sebenarnya tidak bersalah. Ia hanyalah sekadar akta bagi memastikan sesebuah institusi pengajian tinggi berjalan dengan lancar. Setiap institusi perlukan peraturan. Namun, apakah yang membuatkan mahasiswa gerun dengan AUKU?Sebenarnya hanya beberapa bahagian dan seksyen dalam AUKU yang menjadi perbahasan mahasiswa sejak sekian lama. Tidak keterlaluan jika dikatakan hanya bab keterlibatan dalam ‘politik’ terus-menerus menjadi polemik yang membelenggu aktivitisme mahasiswa. Jika inilah isu utamanya, sebenarnya larangan terlibat dalam parti politik telah wujud sebelum pindaan 1975 lagi.Alasan ini adalah bagi saya satu bentuk ‘escapisme’ bagi membenarkan kelesuan gerakan mahasiswa. Padahal saban tahun mahasiswa di institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Kebangsaan Malaysia menganjurkan himpunan bantahan. Gema takbir memenuhi ruang himpunan setiap kali pilihanraya kampus. Mahasiswa tidak pernah dikunci mulut dan digari tangan mereka. Tetapi mereka memilih untuk bergerak secara berkonfrontasi.Tinjauan saya di kampus-kampus, mahasiswa cenderung mengkritik dan bermusuh dengan pihak universiti. Bila disusuri kembali buku-buku dakwah, betapa indahnya Islam dalam menyebarkan syiarnya. Nabi Muhammad, Imam Hasan al-Banna, HAMKA dan banyak lagi tokoh gerakan dakwah tidak hanya memilih cara konfrontasi, sebaliknya bijak memanfaatkan ruang dan peluang untuk mengembangkan Islam. Mahasiswa umpama mempunyai satu produk yang baik, tetapi bukan seorang jurujual yang baik.Berbalik kepada persoalan asas, mengapa gerakan mahasisiwa lesu selepas peristiwa demonstrasi Baling tahun 1974? Jawapan saya adalah kerana pada ketika itu, idealisme mahasiswa berteraskan kebenaran dan keadilan sebagai tunjang perjuangan. Mereka menjuarai isu rakyat. Sebaliknya, mahasiswa kini sekadar menjadi pembakar isu, kritis tanpa alternatif dan tidak berjiwa besar. Tidak keterlaluan jika saya katakan mahasiswa terlalu idealis tetapi tidak realistik.Pada masa yang sama, pihak universiti dan kerajaan juga harus peka terhadap kehendak mahasiswa. Secara umum, mahasiswa mahu suara mereka didengar, isu-isu yang dibawa ditangani secara telus dan peranan mereka diiktiraf. Di sini saya bersetuju dengan saranan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah bahawa suatu model governan baru diperkenal oleh pihak universiti dan kerajaan dimana mahasiswa diberi penghakupayaan (empowerment). Suatu platform harus diwujudkan untuk membolehkan idealisme, intelektualisme dan aktivitisme mahasiswa disalurkan secara lebih berkesan dan bermakna,Jika mahasiswa mahu dipandang serius, idealisme mereka perlu bertunjangkan idea yang tulin dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Setiap idea harus berdasar pengetahuan dan hujah yang berpijak di bumi yang nyata serta fakta yang konkrit. Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam syarahan beliau baru-baru ini menyatakan bahawa pengetahuan (knowledge) memberi kita kepastian. Maka, tanpa pengetahuan, mahasiswa akan bergerak dalam kekaburan.Mahasiswa wajar menjadikan budaya ilmu sebagai pencetus kepada perjuangan. Ayat al-Quran yang pertama diturunkan juga mengajak manusia membaca. Sabri Mohamad Sharif dalam bukunya ‘Generasi Ulul Albab’ menjelaskan bahawa budaya membaca mampu membangkitkan manusia dari tidur yang lena, mengangkat martabat manusia dan menghindari kemunduran negara.Namun, budaya ilmu bukan sekadar membanyakkan bacaan dan hafalan. Lebih daripada itu, ia menekankan aspek berfikir secara rasional dan menganalisa secara mendalam. Budaya ilmu juga bermakna mencintai ilmu dan ilmuwan, menulis, menyelidik serta mengembangkan ilmu. Malangnya budaya ini belum mekar dalam warga kampus sebagaimana kata Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang dalam bukunya Mengangkasa Pengajian Tinggi:“Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, ’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting. Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa.”Justeru, sebagai persediaan mahasiswa menjadi rakan pembangunan (kepada universiti dan kerajaan), mereka perlu mula membaca karya-karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh berjiwa besar. Semarakkan budaya berfikir dan binalah kuasa mahasiswa (student power) dengan hikmah serta kebijaksanaan. Mahasiswa alaf 21 bakal memacu negara berdasar idealisme yang murni dan keintelektualisme yang asli.Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim menyatakan bahawa hanya persatuan mahasiswa yang berjuang atas suatu ideologi yang jelas dapat hidup selepas AUKU diperkenalkan pada 1971. Kenyataan ini benar apabila melihat kebangkitan gerakan mahasiswa menjelang pertengahan tahun 90-an dan kemuncaknya pada zaman reformasi. Namun, sekali lagi gerakan mahasiswa kembali hilang arah satu dekad selepas zaman reformasi. Untuk menjadi suara rakyat, gagasan mahasiswa tidak wajar sekadar menjadi pengimbang pihak kerajaan, tetapi juga pihak pembangkang. Mereka hendaklah menjadi suara ketiga yang lebih neutral.Sebagai mahasiswa, mereka harus memahami dan menyusun keutamaan. Perkara pokok didahulukan dan perkara ranting dikemudiankan. Bahkan dalam senarai tindakan mereka, pilihan berdemonstasi haruslah di kedudukan terakhir, bukan pilihan pertama. Mahasiswa sebagai golongan terpelajar sewajarnya menyampaikan kritikan dengan cara yang bijaksana dan berhikmah, diplomasi dan kesabaran.Sekali lagi, jika kita berbalik kepada sejarah Islam, para Nabi dan Rasul juga turut menyeru dengan kesabaran dan hujah yang bijaksana. Al-Quran telah menjelaskan bahawa kita boleh membalas kejahatan sekadarnya, tetapi pilihan kesabaran adalah lebih utama. Sejauh mana mahasiswa harus bersabar? Jawapan saya, selagi aqidah tidak dicabar.Pokoknya, sudah tiba masanya mahasiswa meninggalkan kenangan manis tahun 70-an dan bergerak dengan gagasan baru. Gagasan yang dibina secara berstrategi dan bersifat membangun, bukan memusnah. Gagasan yang berkonsepkan kebersamaan, bukan partisan. Gagasan berlandas AL Quran ,sunnah dan kemuliaan, bukan kebencian dan permusuhan.Takbir!!!!

Friday, February 18, 2011

ERTI TEMAN

SENARAI CALON PEMILIHAN MPP 2011 (UMP)PRK2011/2012

Tarikh 17 februari bermulanya detik prk untuk sesi 2011/2012 apabila sesi penamaan calon bermula
dan berikut adalah calon-calon yang bertanding untuk kerusi umum serta fakulti pada PRK kali ini..

calon fakulti

Bilangan kerusi: 16
Jumlah calon: 31

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 4
  1. Jamilah binti Mat Isa
  2. Nasihah Sakinah binti Zulkifli Auni
  3. Honeylet binti Ullap
  4. Muhammad Hafiz bin Husain
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 7
  1. Nur Ramisya binti Rahim
  2. Rumizi binti Mohd Nasir
  3. Zaifatul Sarah binti Zarin
  4. Mohd Sobri bin Zaki
  5. Muhammad Fazrul bin Nor Izuddin
  6. Nur Syakila binti Jamal
  7. Siti Noormahirah binti Hamdan
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 3
  1. Nurul Fahana binti Abdul Pattah
  2. Syznee binti Alias
  3. Intan Lyana binti Ahmad
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 4
  1. Soh Yan Xin
  2. Nurul Faraheen binti Abdul Latif
  3. Thiwaan Rao A/L Narasimma Naidu
  4. Qamaruddin bin Mohd Fauzi
Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: Tiada pertandingan. Calon menang tanpa bertanding.
  1. Mathan Raj A/L Suparmaniam
  2. Norazrin binti Sarju @ Hj. Mohd Noor
Fakulti Sains dan Teknologi Industri
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 3
  1. Hasfar Amynurliyana binti Abdul Ghofar
  2. Calvin Lee Weng Leong
  3. Ahmad Faisal bin Mohd Nawawi
Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 5
  1. Nagor Nisah binti Raja Mohammad
  2. Wan Zulhilmi bin Wan Sulaiman
  3. Muhammad Sarkawi bin Rosalam
  4. Parmila A/P Sathemany
  5. Muhammad Adib bin Nor Azahar
Pusat Pengurusan Teknologi
- Bilangan kerusi: 2
- Calon bertanding: 3
  1. Fazliyani binti Hairuman
  2. Nakulan A/L Nagaraja
  3. Mohamad Rizalman bin Aziz


Calon umum

Bilangan kerusi: 8
Jumlah calon: 22
  1. Sazwan bin Sahar
  2. Wan Nur Dayana binti Wan Anuuar Shahiddin
  3. Khor Ai Chia
  4. Mohd Zulwafi bin Bahaudin
  5. Shahira binti Mohd Basir
  6. Muhammad Danial bin Azman
  7. Mohd Izzat Fauzi bin Muhammade Rapitar
  8. Ismail bin Nukka
  9. Leong Bi Juan
  10. Norhafiz bin Kamal Baharin
  11. Azwan Affandi bin Md Jahaya
  12. Loo Willam
  13. Muhammad Rujhan bin Kassim
  14. Kamilia Hani binti Mohd Bashri
  15. Muhammad Farhan bin Adnan
  16. Mohamad Fakhrol Radzi bin Zulkefli
  17. Muhammad Fuad Fikri bin Amir
  18. Mohamad Naziha bin Kamarul Zaman
  19. Mohamad Arif bin Roslan
  20. Hamizatun binti Mohd Fazi
  21. Nurul Noramelya binti Zulkefli
  22. Muhamad Fazli bin Abd Halim


Thursday, February 17, 2011

SAHABAT


Teringat kembali saat indah itu....
Gelak tawamu,
Tangismu,
Gelagatmu,
Mengusik hatiku.
Mengapa sungguh singkat pertemuan kita ini....?
Masih adakah masa untuk kita kembali ke saat itu.
"Bersama-sama kita lalui kehidupan sebagai seorang pelajar"
Agak sukar jiwa ini untuk meninggalkan semua kenangan itu.
Kenapa mesti berakhir dengan perpisahan.....?
Adakah ini ujian ALLAh untuk hambanya...
Jika ini satu ujian
Aku redha atas segalanya.
Terima kasih ALLAH atas pertemuaan ini.
Sahabat
Akan aku ingati
Jasamu hingga akhir hayatku.


Saturday, February 12, 2011

(AL QURAN) TIPS UNTUK MENGETAHUI MUKA SURAT BAGI JUZUK-JUZUK DALAM AL-QURAN


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua sebagai umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan dalam kehidupan harian. Berapa kali kalian baca Al-Quran sehari? 1 kali ? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5 - 1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10 - 1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23 - 1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada anak2 kita, kawan2 kita, adik2 kita, family2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala dariNYA...InsyaAllah


Ȱ
Monolog Aku - Blogger Templates , - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.