Monday, January 10, 2011

DOSAKU APAKAH?


hujan renyai-renyai di pagi hari tidak membataskan niat di hati untuk mengejar ilmu.hari ini kelas seperti biasa ,subject calculus dan civil engineering material yang telah ditetapkan dalam takwim jadual kami sepanjang sem ini pada setiap hari isnin tetap kami ikuti. sungguh menarik pada hari ini apabila para pensyarah menyampailan lecture mereka pada hari ini dengan penuh semangat dan dengan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mendengar dan memahaminya.Nampaknya assignment yang pertama telahpun kunjung tiba.selain itu tidak lupa juga aktiviti yang berlansung pada malam ini apa lagi kalau bukan mendengar puisi .Sebagai membuka tirai Kempen Kami Prihatin “Apakah Dosaku”, Malam Puisi Riong BH-UMP pada 10 Januari 2011 (Isnin) jam 8.30 malam di Kompleks Sukan UMP,Gambang.akan menyaksikan gandingan mantap tokoh sastera, akademik dan artis popular dalam menyampaikan persembahan berkonsepkan Lagu Puisi mengenai kesedaran dan keinsafan dalam menangani gejala sosial serta pembuangan bayi.

Antara artis yang akan beraksi Ramli Sarip, Ana Rafali ; penyanyi Jazz Taheera Rosheena; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2000, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin; penyair Pahang Marsli NO (Ramli Selamat), Juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan.

Turut serta peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Nasron (Cicik), penyair-penyair siber daripada Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-Sastera), Anbakri dan Kablam diiringi pemain keyboard Juan Einriqie yang dibawa khas dari Singapura, Penyair indie, Fynn Jamal dan penampilan Ahmad Fitri Yahya (TV3) sebagai pengacara.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan penampilan istimewa, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir dalam mempersembahkan puisi “Wahai Anakku”.

Tetamu kehormat ialah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al- Haj.
Sama-sama kita jayakan Kempen Kami Prihatin “Apakah Dosaku” dan nantikan persembahan menarik berunsur pendidikan serta kesedaran sambil menghulurkan sumbangan derma Tabung “Apakah Dosaku” bagi membantu kanak-kanak terbiar dan yang kurang bernasib baik. semoga puisi yang bakal dideklamasikan nanti dapat memberi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

No comments :

Ȱ
Monolog Aku - Blogger Templates , - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.