Sunday, April 24, 2011

KONSEP JATI DIRI

Dari apa yang saya fahami tentang konsep jati diri,ia dalah sesuatu yang melambangkan keperibadian kita ataupun lebih dikenali seperti sesuatu yng melambangkan ataupun menggambarkan identiti diri kita sebenarnya.Oleh yang demikian jika kita ingin membentuk jati diri yang baik serta elok kita perlu memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik.
Rajin lawannya malas,
usaha lawannya putus asa,
pemarah lawannya pemaaf,
penipu lawannya jujur,
sedih lawannya gembira,
sabar lawannya gopoh,
membazir lawannya cermat,
bersih lawannya pengotor dan sebagainya.

Kita tentu akan memilih sifat yang baik untuk membentuk jati diri. Tetapi, adakah semudah membalikkan tangan untuk merubah diri agar lebih baik daripada yang ada sekarang?.Contoh yang paling mudah untuk membentuk konsep jati diri itu adalah melaui agama itu sediri,hal ini kerana setiap agama menyarankan kepada kebaikan.Oleh itu kita di Malaysia ini yang rakyatnya majoriti berbangsa melayu serta beragama islam sepatututnya mengamalkan ajaran islam dan menjadikan nya agama islam itu sebagai jalan hidup supaya masyarakat dari agama lain dapt melihat jati diri islam itu sebenarnya bukan jati diri masyarakat melayu. Adakah kita bersedia menilai diri sendiri? Apakah kekuatan dan kelemahan peribadi kita? Bagaimanakah hendak membentuk jati diri mukmin yang dituntut Allah?
Pertama, cari dan akui kelemahan diri, senaraikannya dengan jujur, terimalah ia sebagai tentangan yang harus dihadapi. Jangan ulangi kesilapan lalu.
Kedua, hidup bersama dengan orang yang berjaya, bandingkan diri sendiri dengan mereka dan tutup kelemahan dengan kelebihan mereka.Orang kurang bijak hendaklah merujuk kepada yang lebih bijak, yang malas bekerja hendaklah mengikut jejak yang rajin dan yang lemah semangat mencari kekuatan pada yang berhati waja.Begitu juga yang miskin mengambil iktibar pada si kaya, yang malas beramal duduklah bersama dengan ahli ibadah dan yang jahil belajar daripada yang alim.Konsep ini disebut konsep taubat. Tahu kesilapan, mengakuinya dan berjanji tidak akan mengulangi. Sabda Rasulullah: "Orang mukmin tidak akan terjatuh ke dalam satu lubang dua kali." (Hadis riwayat al-Bukhari)Konsep ini dikenali sebagai Ta'a wun iaitu bekerjasama dengan ikhlas untuk sama-sama menjadi hamba Allah yang terbaik. Ia boleh menjadi sumber kekuatan jati diri setiap mukmin.Firman Allah: "Bertolong-tolonganlah kamu dalam kebaikan dan takwa jangan bertolong-tolongan dalam kejahatan dan permusuhan." (Surah al-Maidah, ayat 2)

Ketiga, jangan berhenti mengukur prestasi diri. Setiap hari penilaian jati diri kita hendaklah berjalan dengan telus dan jujur.
Imam al-Ghazali berpesan: "Berwaspadalah dengan musuhmu satu kali, tetapi dengan sahabatmu seribu kali." Sifat sahabat yang baik dan sentiasa memihak pada diri kita akan menghijab segala kelemahan diri. Berlawanan dengan musuh yang sentiasa mencari keaiban dan kekurangan untuk menyingkap rahsia diri kita.
Ketiga-tiga konsep ini boleh menjadi penjana kuasa kehebatan peribadi mukmin. Taubat, ta'awun dan muhasabah.Jangan biarkan diri dalam pandangan hina manusia yang mengakibatkan Allah langsung tidak akan memandang diri kita. Hal ini kerana kita tidak ada kekuatan jati diri mukmin yang hebat. Hanya dengan jati diri mukmin yang sebenar, ketamadunan dan kecemerlangan umat Islam akan dapat ditonjolkan.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad itu dan jika ia rosak maka rosaklah jasad itu, itulah yang dinamakan hati." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apabila ada orang lain cuba menilai diri kita yang sakit dan banyak kelemahan, emosi akan menggelodak mengalahkan kewarasan akal untuk menafikan penilaian itu. Pada waktu itu, ketahuilah bahawa kita sudah menolak untuk mengenal diri sendiri daripada perspektif orang lain. Malah, menutup pintu kebaikan pada sekeping hati dalam diri. Ada pepatah mengatakan:"Sungguh rugi orang yang tidak ada musuh kerana daripada musuhlah kamu mengenal dirimu."


Kenal pasti kelemahan dan bagaimana hendak meningkatkan kekuatan yang ada. Sembahyang wajib boleh ditambah dengan yang sunat dan lebih khusyuk daripada kelmarin. Nafsu amarah diubat dengan berpuasa dan sedekah. Konsep ini dikenali sebagai konsep muhasabah (akauntabiliti diri).Peningkatan kualiti kerja yang seiring dengan kualiti iman akan melahirkan pekerja yang mahir dan amanah, dedikasi dan profesional, serta kuat beribadah.Ukuran penilaian kita hendaklah mengikut neraca Allah yang Maha Menghisab. Jangan melakukan sesuatu, kecuali kita sudah memastikan perbuatan itu menghasilkan kebaikan dan pahala serta keredaan Allah.
Dunia ini adalah tempat untuk bercucuk tanam dan akhirat nanti jerih payah kita akan memberikan hasil dan berbuah. Firman Allah: "Dan adapun orang yang berat timbangan kebaikannya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang yang ringan timbangan kebaikannya, maka tempat kembalinya adalah neraka hawiyah." (Surah al-Qariah, ayat 6-9)



5 comments :

Anonymous said...

izinkan sy copy sdikit utk esainmen sy ye..halalkan sume.. terime kasih =)

Anonymous said...

sy pun.. :)

Anonymous said...

saya pun... =)

Muhammad shazmel Hafiz said...

ni mestu assignment briged siswa...=)

Cinta Misteri said...

huhuhu...CiM pown sama. mohon copy skit utk assignment :)

Minta halal

Ȱ
Monolog Aku - Blogger Templates , - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.