Friday, January 14, 2011

PERJUANAGAN INSAN

Assalamualaikum,
insan yang bernama manusia,
kehidupan yang telah anda lalui mesti diteruskan,
lakukanlah kebaikan disepanjang perjalanan.
Moga diredoi ALLAH segala amal perbuatan,
Dosa serta pahala telah disediakan buat manusia pandai-pandailah buat pilihan,
Syurga itu satu impian,neraka tempat penyeksaan yang mesti dielakkan,
Sesama manusia marilah bersama kita eratkan perhubungan,
Perpaduan sesama kita jangan pula diabaikan,
Jauhi fitnah,dengki khianat punca perbalahan.
Jadikan AL-QURAN,AL-SUNNAH panduan dalam pimpinan,
Kesimpulannya negara yang berlandaskan ajaran Islam dapat kita wujudkan,
Insyaallah kita tidak akan sesat disepanjang perjalanan.

merujuk pada puisi diatas dapatlah kita tafsirkan bahawa manusia ataupun umat islam pada masa kini kian alpa dan leka dalam memburu arus kemodenan duniawi,dalam kesibukan mereka mengecapi hal berkaitan dunia maka mereka akan lupa dimana letaknya agama islam itu sendiri.Apabilanya hilangnya agama maka hilanglah nilai-nilai positif yang wujud dalam diri,oleh kerana ini tidak hairanlah semakin hari semakin banyak kes-kes seperti pembunuhan,pembungan bayi,rasuah,pecah amnah serta banyak lagi yang tidak mampu saya berikan.tidak perlu ke memandang jauh ke negara lain lihat sahaja apa yang berlaku pada negara kita masa kini.Lihat shajalah didalam berita mahupun surat khabar pesalah laku serta penjenyah yang terlibat dalam kes-kes didalam negara kita,hal ini ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa malah remaja yang masih berumur belasan tahun lagi Mampukah anda bayangkan bagaimankah corak kepimpinan negara yang bakal wujud dari belia yang seperti,mengapa hal sepeti ini tidak diambil peduli oleh masyarakat,jelaslah hiburan yang wujud dalm era kini mampu menutup pemikiran masyarakat dari memikirakan tentang nasib ataupun masalah yang dihadapi oleh orang lain,Oleh itu marilah kita sebagai umat islam menghayati dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam.jauhilah dengki ,khianat punca perpecahan sesama ummah.Dan marilah bersama kita tingkatkan perpaduan, semoga negara yang berlandaskan islam dapat kita wujudkan.Semoga apa yang ditulis dapat memberi manfaat kepada pembaca serta diri saya sendiri.

Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya maka ia sungguh akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung." (AlAhzab:70-71)




Monday, January 10, 2011

DOSAKU APAKAH?


hujan renyai-renyai di pagi hari tidak membataskan niat di hati untuk mengejar ilmu.hari ini kelas seperti biasa ,subject calculus dan civil engineering material yang telah ditetapkan dalam takwim jadual kami sepanjang sem ini pada setiap hari isnin tetap kami ikuti. sungguh menarik pada hari ini apabila para pensyarah menyampailan lecture mereka pada hari ini dengan penuh semangat dan dengan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mendengar dan memahaminya.Nampaknya assignment yang pertama telahpun kunjung tiba.selain itu tidak lupa juga aktiviti yang berlansung pada malam ini apa lagi kalau bukan mendengar puisi .Sebagai membuka tirai Kempen Kami Prihatin “Apakah Dosaku”, Malam Puisi Riong BH-UMP pada 10 Januari 2011 (Isnin) jam 8.30 malam di Kompleks Sukan UMP,Gambang.akan menyaksikan gandingan mantap tokoh sastera, akademik dan artis popular dalam menyampaikan persembahan berkonsepkan Lagu Puisi mengenai kesedaran dan keinsafan dalam menangani gejala sosial serta pembuangan bayi.

Antara artis yang akan beraksi Ramli Sarip, Ana Rafali ; penyanyi Jazz Taheera Rosheena; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2000, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin; penyair Pahang Marsli NO (Ramli Selamat), Juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan.

Turut serta peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Nasron (Cicik), penyair-penyair siber daripada Persatuan Aktivis E-Sastera, Malaysia (E-Sastera), Anbakri dan Kablam diiringi pemain keyboard Juan Einriqie yang dibawa khas dari Singapura, Penyair indie, Fynn Jamal dan penampilan Ahmad Fitri Yahya (TV3) sebagai pengacara.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan penampilan istimewa, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir dalam mempersembahkan puisi “Wahai Anakku”.

Tetamu kehormat ialah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al- Haj.
Sama-sama kita jayakan Kempen Kami Prihatin “Apakah Dosaku” dan nantikan persembahan menarik berunsur pendidikan serta kesedaran sambil menghulurkan sumbangan derma Tabung “Apakah Dosaku” bagi membantu kanak-kanak terbiar dan yang kurang bernasib baik. semoga puisi yang bakal dideklamasikan nanti dapat memberi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Sunday, January 9, 2011

KENANAGAN



Hari ini seperti hari ahad sebelum-sebelumnyanya rutin harian setiap hari ahad apa lagi kalau bukan aktiviti membasuh pakaian,bukankah kebersihan itu separuh daripada iman.Kemudian tanggungjawab berikutnya menukar bateri telefon,buat sekian lamanya telefon kesayangan saya yang baterinya telah kembung sejak beberapa bulan lalu itu telah berjaya di tukar,semuanya hasil bantuan dari sahabat-sahabat seperjuangan di universiti Malaysia Pahang ini yang prihatin sesama kami.Terima kasih kawan.Kemudian ada satu saat tiba-tiba terdetik dihati ini untuk membaca majalah MEMORI 2009,buat pengetahuan sahabat pembaca sekalian majalah MEMORI ini merupakan majalah sekolah saya,iaitu sekolah menengah teknik slim river(stesri) yang kini telah ditukar kepada sekolah menegah vokasional(svosri), penukaran nama ini semua atas dasar kementerian pelajaran nak meniru Negara jepun yang sekolah mereka disana sentiasa melebihkan ilmu teknikal serta aplikasi dalam sistem pelajaran mereka.Apa boleh buat terpaksalah redho dengan penukaran tersebut,maka tercatat dalam sejarah sekolah yang batch stesri 08/09 (pka)(pke)(pkm)merupakan batch teknikal terakhir di sekolah tersebut,buat pengetahuan saudara pembaca kemana sahaja saya pergi buku ini sentiasa berada dekat dengan saya. Ketika sedang asyik membelek-belek buku Memori 2009 terkenang akan diri ini ketika dizaman persekolahan, sungguh indah saat-saat ketika itu,bersama-sama kami menuntut ilmu dan hidup berdikari tinggal dalam satu dorm(d6),kini tanpa ku sedari sudah cukup setahun daku meninggalkan zaman persekolahan yang sungguh indah itu.Hati ini sentiasa merindui semua sahabat2 seperjuangan serta semua guru-guru tersayang yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat supaya menuntut ilmu walau dimana kita berada .Sahabat entah bila kita boleh bertemu semula daku sentiasa menunggu detik itu.semoga ukhuwah yang telah terjalin akan kekal selama-lamanya hingga saat terakhir kita bergelar insan.Seperti kata -kata imam Ghazali ukhuwah itu bukan hanya disandarkan pada pertemuan tetap ingatan seseorang dalam doa tulusnya.

Saturday, January 8, 2011

MASA

Pada hari ini kita ingin berkenalan dengan masa.Mungkin sesetengah diantara kita tidak mengambil kisah atau peduli dengan masa yang mereka miliki.Ada sesetengah diantara kita yang menghabiskan masa mereka dengan melakukan maksiat serta melakukan perkara-perkara lagha ataupun membuang masa,dan tidak lupa juga sesetengah diantara kita ada yang menghabiskan masa mereka beribadat kepada ALLAH.Oleh itu kita haruslah bijak merencana masa yang kita miliki ini dengan sebaiknya agar tidak terus hanyut dengan arus kemodenan serta teknologi yang hanya sementara diatas dunia yang sementara ini.Masalah yang sering berlaku di sesetengah Ipta ataupun sekolah berkaitan kehadiran lambat ke kelas ataupun sekolah memang tidak boleh dipertikaikan lagi,hadir lambat ke sekolah ataupun kuliah seolah-olah biasa bagi pandangan mata masyrakat kita,tetapi jika seseorang itu hadir awal,begitulah sebaliknya.Tidak dinafikan lagi bahawa masa itu sangat penting dalam setiap makhlik diatas muka bumi ini yang bernama manusia.Sehinggakan ALLAH bersumpah dengan masa didalam AL-QURAN,pada surah Al ´Ashr surah ke 103.maksudnya "demimasa,Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasehati supaya menetapi kesabaran".Buat pembaca sekalian marilah bersama kita perbaiki masa kita,jika perkara sekecil ini dapat kita perbaiki,mudah-mudahan kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih aman dan harmoni.



Ȱ
Monolog Aku - Blogger Templates , - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.